Tuesday 3 July 2012

Fwd: Maklum Balas Aduan : EW0612(133): Crematorium within 900meters from the AirItam Penang dam



From: Mohamad Rizal Omar <rizalomar@doe.gov.my>
Date: June 29, 2012 16:53:56 GMT+08:00
To: "citizenchant.group@gmail.com" <citizenchant.group@gmail.com>
Cc: "aduannre@nre.gov.my" <aduannre@nre.gov.my>, Unit Aduan <aduan_k@doe.gov.my>, aduanpp <aduanpp@doe.gov.my>, Azman Shah Ismail <azman@doe.gov.my>, "norazean@nre.gov.my" <norazean@nre.gov.my>
Subject: Maklum Balas Aduan : EW0612(133): Crematorium within 900meters from the AirItam Penang dam

Tuan/Puan,

Salam Sejahtera,

Merujuk kepada aduan yang diterima Jabatan melalui email aduannre pada 26 Jun 2012 berkaitan pembinaan Crematorium berdekatn empangan air di Air Itam Pulau Pinang.Untuk makluman pihak tuan/puan, Jabatan Alam Sekitar Pulau Pinang telah menerima permohonan kebenaran merancang bagi pembangunan terbabit dari Majlis Perbandaran Pulau Pinang(MPPP) bagi cadangan membina crematorium dan columbarium di atas lot 193 & 1679, Mukim 16, Bandar Air Itam, Pulau Pinang pada 2 Disember 2008.

Pihak Jabatan telah menolak(tidak menyokong) permohonan terbabit berikutan tapak cadangan terletak di atas paras 250 kaki(76 meter) di mana ianya menyalahi Akta Pemeliharaan Tanah 1960. Namun pada 19 Januari 2009 pihak Jabatan menerima semula permohonan terbabit di mana pindaan telah dibuat bagi pelan asal pembangunan tersebut. Satu siri perbincangan telah diadakan pada 2 Oktober 2009 di KOMTAR yang melibatkan pihak Jabatan Alam Sekitar dan dipengerusikan oleh YB Tuan Chow Kon Yeow(Exco Negeri Pulau Pinang)berkaitan pembangunan/permohonan terbabit. Susulan dari perbincangan tersebut, pihak pemaju telah diminta untuk memberikan taklimat berkaitan pindaan cadangan terbabit kepada Jabatan pada 9 Oktober 2009. Hasil dari itu, pihak Jabatan telah bersetuju menyokong permohonan terbabit dengan syarat tiada sebarang kerja tanah dibenarkan melebihi ketinggian 250 kaki(76 meter) dan sebarang pemasangan alat bahan bakar perlu mendapatkan kelulusan bertulis terlebih dahulu dari Jabatan Alam Sekitar.

Merujuk kepada pelan pindaan baru yang dikemukakan, didapati projek pembangunan terbabit adalah tidak tertakluk bagi penyediaan laporan Kajian Penilaian Alam Sekeliling(EIA) kerana pembangunan terbabit di bawah paras 250 kaki(76 meter) atau dengan kata lain tidak tertakluk di bawah perundangan Jabatan. Untuk makluman pihak tuan/puan, kuasa bagi sebarang kelulusan pembangunan adalah terletak di bawah bidangkuasa Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Pihak Jabatan adalah terdiri dari salah satu agensi teknikal yang ditugaskan bagi memberikan ulasan teknikal yang tertakluk dibawah perundangan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. Maka sebarang bantahan berkaitan pembangunan di lokasi terbabit perlu dirujuk kepada pihak yang berkaitan.

Keprihatinan tuan dalam menjaga kualiti alam sekitar untuk pembangunan lestari amatlah dihargai.

Sekian, terima Kasih.

Unit Aduan
JAS Cawangan Bayan Lepas
Unit 4.3 Kompleks Mayang Mall
Bandar Bayan Baru
11900 Bayan Lepas
Tel (o) :   04 - 643 2112
Fax (o) :   04 - 643 0692

Fikir dahulu sebelum cetak. Cetak email ini sekiranya benar-benar diperlukan.

__________________________________________________________________________________________________________


From: Penang Citizen [mailto:citizenchant.group@gmail.com]
Sent: Tuesday, June 26, 2012 9:16 AM
To: aduannre
Cc: tengcy; Yan Lee
Subject: Crematorium within 900meters from the AirItam Penang dam

Tuan

Please investigate as we are concern as to what will happen to our water source if the state government allows a crematorium to be build. MPPP informs us that the Planning permission is approved.

No EIA reoort done.

Minister please exercise your discretion and take action as a responsible Federal Government of the day.

Regards


मेरे ipad से भेजा

No comments:

Post a Comment