Tuesday 3 July 2012

Fwd: CREMATORIUM WITHIN 900METERS FROM THE AIR ITAM PENANG DAM



From: Norlin Jaafar <norlin@doe.gov.my>
Date: July 2, 2012 23:51:25 GMT+08:00
To: "citizenchant.group@gmail.com" <citizenchant.group@gmail.com>
Cc: Halimah Hassan <hhh@doe.gov.my>, "Dato' Dr. Ahmad Kamarul Najuib Che Ibrahim" <aki@doe.gov.my>, "Dr. Zulkifli Abdul Rahman" <zar@doe.gov.my>, "Dato' Hassan bin. Mat" <hbm@doe.gov.my>, "aduannre@nre.gov.my" <aduannre@nre.gov.my>, Unit Aduan <aduan_k@doe.gov.my>, Muniandy a/l Mariappen <mm@doe.gov.my>
Subject: CREMATORIUM WITHIN 900METERS FROM THE AIR ITAM PENANG DAM

Tuan,


Aduan tuan bertarikh 26 Jun 2012 adalah dirujuk. Bersama-sama ini disertakan maklumbalas untuk perhatian tuan.


Sekian, terima kasih.


`Pemuliharaan Alam Sekitar : Tanggungjawab Bersama'
`Environmental Conservation : Our Shared Responsibility'

Norlin Jaafar
Bahagian Penilaian
Jabatan Alam Sekitar, Malaysia
Assessment Division
Department of Environment, Malaysia
Tel    : 03-  8871 2157/2156
Faks : 03 - 8889 1045
Email : norlin@doe.gov.my            
Please consider your environmental responsibility before printing this e-mail.

Rujukan kami : AS(PN) 91/110/622/015 Jilid 56 (10)
Tarikh : 2 Julai 2012
Penang Citizen
Tuan,
CREMATORIUM  WITHIN 900METERS FROM THE AIR ITAM 
PENANG DAM
Saya adalah dengan hormatnya diarah merujuk kepada aduan tuan 
yang dikemukakan kepada Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar 
melalui emel :  aduannre@nre.gov.my bertarikh 26 Mei 2012 mengenai 
perkara yang tersebut di atas.
2.       Dalam hal ini, adalah dimaklumkan bahawa cadangan pembinaan 
krematorium ini adalah bukan aktiviti yang ditetapkan dan tidak tertakluk 
kepada Perintah Kualiti Alam Sekeliling(Aktiviti Yang Ditetapkan)(Kesan 
Kepada Alam Sekeliling), 1987. Oleh yang demikian, cadangan projek 
ini tidak memerlukan penyediaan laporan kajian EIA untuk dikemukakan 
kepada  Jabatan Alam Sekitar (JAS) untuk penilaian.  Walau 
bagaimanapun, cadangan pembinaan ini masih tertakluk kepada Akta 
Kualiti Alam Sekeliling, 1974 dan Peraturan-Peraturan di bawahnya 
seperti  Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Udara Bersih) 
1978,    bagi  pemasangan alat bahan bakar yang  perlu mendapatkan 
kelulusan bertulis terlebih dahulu dari Jabatan Alam Sekitar Pulau 
Pinang. Oleh itu, penggerak projek perlu mematuhi peraturan-peraturan 
dan standard-standard yang telah ditetapkan serta memasang alat 
kawalan pencemaran yang berkesan.
3.      Mengenai kebimbangan tuan terhadap  kesan ke atas sumber air 
Empangan Air Itam, satu siasatan tapak telah dijalankan oleh JAS Pulau 
Pinang  pada 2 Julai 2012 dan mendapati bahawa kedudukan tapak 
projek ini terletak di hilir Empangan Air Itam. Dalam hal ini, tidak terdapat 
risiko terdedah kepada pencemaran air yang akan masuk melalui aliran 
sungai ke dalam empangan tersebut.4.     Kerjasama  dan sokongan tuan dalam memelihara alam sekitar 
selaras dengan pembangunan lestari amatlah dihargai.
Sekian, terima kasih.
`BERKHIDMAT UNTUK NEGARA'
Saya yang menurut perintah,
( NORLIN JAAFAR )
b. p : Ketua Pengarah Alam Sekitar, Malaysia
s. k :
Pengarah
Jabatan Alam Sekitar (Pulau Pinang)
Aras Bawah - Zon B,
Wisma Persekutuan
Seberang Perai Utara
13200 KEPALA BATAS

No comments:

Post a Comment