Monday 16 January 2012

Kuang Im Theng temple illegal works by the monk

Clement Liang 
On Sun, Jan 15, 2012 at 9:56 PM, Noorhanis Bt Noordin <hanis@mppp.gov.my> wrote:
Kepada Puan Khoo Salma dan semua,

Semua email yang diterima telah diambil maklum. Terima kasih.

Jabatan ini telah pergi ke tapak beberapa kali dan juga ada berjumpa pihak Goddest of MercyTemple di Jalan Masjid Kapitan Keling iaitu berjumpa pihak Dato' Khoo Keat Siew dan lain-lain serta berjumpa pihak arkitek dari firma Ong Keng Poh, menasihat dan mengarahkan supaya kerja-kerja yang dijalankan di belakang Temple ini dihentikan. Setakat ini pihak MPPP hanya telah memberi kelulusan kepada pihak Temple untuk membaiki bumbung (dan dalaman) sahaja dulu. Sepertimana yang kita maklum sebelum ini yang ada bahagian bumbung di bangunan Temple ini yang pernah runtuh kerana ribut.

Pihak Temple berkata akan berhenti kerja korekan/pecah lantai di bahagian belakang itu, dan pihak arkitek juga kata akan pantau, tetapi semakan di tapak (setakat hari ini) adalah sebaliknya kerana kerja dibuat juga. Pihak pekerja cina juga tidak tahu bercakap melayu atau english dan tidak faham arahan berhenti yang diberi semasa jabatan ini pergi ke tapak, dan ada pekerja yang bertindak kasar. 

Walau bagaimanapun, pihak MPPP memang adalah dalam proses untuk mengatur/mengambil tindakan mengikut perundangan yang sewajarnya bagi kerja yang dijalankan tanpa kebenaran ini. Perkara ini adalah diberi perhatian.

Sokongan/keperihatinan semua amatlah dihargai. Kerjasama dan bantuan pihak WHI dan PHT juga adalah amat dialu-alukan dalam memberi kesedaran kepada pihak ini dan juga pihak lain dari semasa ke semasa.

Terima kasih.

Hanis

Noorhanis bt. Haji Noordin
Jabatan Warisan 
Majlis Perbandaran Pulau Pinang
about an hour ago ·  ·  1

No comments:

Post a Comment