Wednesday 28 March 2012

Fwd: MPPP 's Technical Review Panel 2012





From: Noorhanis Bt Noordin <hanis@mppp.gov.my>; 

Cc: 
Patahiyah Bt Ismail <hiyah@mppp.gov.my>; Ang Aing Thye <atang@mppp.gov.my>; 
Subject: MPPP 's Technical Review Panel 
Sent: Sat, Mar 24, 2012 2:34:25 PM 


Tuan,

Email tuan kepada Puan YDP MPPP berkaitan perkara ini adalah dirujuk.

Untuk makluman tuan, ahli Technical Review Panel (TRP) MPPP adalah dilantik oleh pihak Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan TRP ini telah mula bersidang di peringkat MPPP mulai tahun 2010.

Di antara bidang tugas TRP ialah untuk meneliti dan memberi ulasan/pandangan/perakuan terhadap permohonan pelan pembangunan dan Laporan Impak yang dikemukakan kepada MPPP yang terletak di dalam Tapak Warisan Dunia George Town dan di atas lot yang bersempadan (berhadapan) dengan Tapak Warisan, berdasarkan aspek dan kriteria di antaranya - technical excellence, innovation, use of materials, sustainability, contribution to community/public space, scale, eco features, compatibility with existing built heritage & intangible culture, contribution to the continuum of the heritage, cultural & social impact dan sebagainya.

Untuk tahun 2012 ini, pihak Kerajaan Negeri telah membuat keputusan melantik pihak berikut sebagai ahli panel TRP 2012:-
 
1.      Ir. Ang Aing Thye – Pengerusi
Setiausaha Perbandaran, Majlis Perbandaran Pulau Pinang

2.     Puan Lim Chooi Ping – Pengerusi Gantian 1
Pmk. Pengurus Besar, George Town World Heritage Incorporated

3.     Prof. Dr. A. Ghafar Ahmad 
Timbalan Pesuruhjaya Warisan Jabatan Warisan Negara 

4.     Encik Teh Lai Heng
Ahli Majlis, Majlis Perbandaran Pulau Pinang

5.     Y.M. Tengku Dato' Idaura binti Tengku Ibrahim
Perunding Warisan
 
6.     Yg. Bhg. Dato' Ar. Jong East Full
Perunding
               
7.     Ar. Nik Rahiman bin Nik Mohd Taib,
Wakil Pertubuhan Arkitek Malaysia (Cawangan Utara)

 8.     Ar. Michael Ong Chin Keong,                      
Wakil Pertubuhan Perancang Malaysia (Cawangan Utara)
  
9.      Ir. Dr. Tan Kim Hor
Wakil Institut Jurutera Malaysia (Bab Utara)
 
10.    En. E. Gnasegaran
Wakil Jawatankuasa Peguam Pulau Pinang
 

Diharap maklumat di atas dapat membantu tuan. Kerjasama semua pihak dari semasa ke semasa adalah dihargai.

Regards
-hanis-
Noorhanis bt. Haji Noordin
Jabatan Warisan
Majlis Perbandaran Pulau Pinang
Tel 604-2592009/2259
hanis@mppp.gov.my

No comments:

Post a Comment